Uthman Affan Pengumpul al-Quran
Menjelajah dunia melalui pembacaan 2
Alhamdulillah cuti sekolah kali ini akhirnya berpeluang untuk menjayakan
misi cuti sekolah iaitu membaca!!! Amaran Spoiler ALERT!
Uthman Affan Pengumpul al-Quran
Abdul Latip Talib
PTS Publications & Distributions Sdn. Bhd.
2009
Sebuah novel yang menceritakan
mengenai Khalifah Islam ketiga iaitu Uthman Bin Affan yang Berjaya meluaskan
empayar Islam hingga ke Iran, Afghaninstan, Afrika Utara, Pulau Cyprus, Pulau Rhodes,
Samarkand, Libya, Algeria, Tunisia, Morocco dan beberapa kawasan Eropah.
Pembinaan kapal perang Islam yang pertama serta kejayaan demi kejayaan tentera
laut Islam yang diketuai Muawiyah bin Abu Sufian menakluk perairan demi
perairan turut diperincikan. Kegemilangan Uthman Affan akhirnya berakhir
tragedi ekoran finah dan hasutan bangsa Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam
dengan melemparkan tuduhan bahawa Khalifah Uthman menyalahgunakan kuasa serta
mengagungkan Ali bin Abu Talib yang selayaknya menjadi khalifah . Bertambah
teruk lagi apabila Khalifah Uthman melantik Marwan al-Hakam iaitu saudaranya
sendiri sebagai setiausaha yang mana kemudiannya Marwan lebih mengutamakan bani
Umaiyyah dalam pelantikan jawatan penting. Keadaan menjadi genting lalu berlaku
pemberontakan sehingga Khalifah Uthman dan ahli keluarganya dibunuh pemberontak
di kediamannya sendiri. Uthman Affan mendapat gelaran Zin Nurain yang bermaksud
memiliki dua cahaya kerana berkahwin dengan dua puteri Rasulullah iaitu Ruqayah
dan kemudian Ummu Kalthum selepas Ruqayah meninggal dunia. Mashaf Uthmani yakni
al-Quran yang digunakan masa kini adalah hasil peyusunan semula al-Quran dalam
Bahasa Arab Quraisy pada zaman pemerintahan Uthman bin Affan.

Comments
Post a Comment