Sultan Muhammad al-Fateh Penakluk Konstaninopel
Menjelajah dunia melalui pembacaan 3.
Alhamdulillah cuti sekolah kali ini akhirnya berpeluang untuk menjayakan
misi cuti sekolah iaitu membaca!!! Amaran Spoiler ALERT!
Sultan Muhammad al-Fateh Penakluk
Konstaninopel
Abdul Latip Talib
PTS Publications & Distributions Sdn. Bhd.
2014
Sebuah novel yang menceritakan kisah
seorang anak muda yang berjaya menakluk kota Konstaninopel dan kini bernama
Istanbul dengan hanya ketika berusia 21 tahun. Anak muda berkenaan bernama
Muhammad al-Fateh merupakan anak kepada Sultan Murad II, sultan bagi wilayah
Turki. Bangsa Turki yang asalnya dari dataran tinggi Mongolia dan Cina Utara
berhijrah ke Asia Tengah kerana ancaman Bangsa Mongol. Kawasan yang didiami
bangsa Turki sewaktu dipimpin Raja Turki yang bernama Syahr Baraz diberikan dua
pilihan oleh Abdul Rahman selaku pemimpin tentra Islam pada zaman pemerintahan
Khalifah Umar al-Khattab sama ada berdamai atau berperang. Lalu, Syahr Baraz
memilih untuk berdamai dan memeluk agama Islam dan seterusnya membantu tentera
Islam melebarkan wilayah Islam dengan bantuan ketenteraan. Sewaktu pimpinan
Muawiyah bin Abu Sufian selaku Gabenor Syam, bangsa Turki membantu tentera
Islam menawan Bukhara dan Samarkand. Namun, pada pemerintahan Bani Abbasiyah,
terdapat perselisihan faham antara Khalifah Abbasiyah dan Khalifah Fatimiyah
sehingga menyebabkan terbentuk kerajaan Saljuk yang meliputi Khurasan,
Turkistan, Iran, Iraq, Syam, dan Asia Tengah. Tetapi, kerajaan Saljuk
dikalahkan tentera Mongol dibawah pimpinan Genghis Khan. Sejarah Uthmaniyyah
bermula apabila Ertoghul memimpin satu kabilah Turki melrikan diri sehingga
sampai ke Anatolia yang mana terdapat dua kuasa besar yang bermusuhan iaitu
kerajaan Romawi di Byzantium dan Dinasti Saljuk di Iconium yang diperintah
Sultan Alauddin. Ertoghul menyebelahi Sultan Saljuk dan mereka Berjaya
mengalahkan tentera Romawi. Sultan Aluddin menghadiahkan wilayah barat Anatolia
kapada Ertoghul. Setelah Ertoghul mangkat, puternya bernama Usman meluaskan
lagi kawasan pemerintahannya. Daripada nama inilah wujudnya kerajaan Uthmaniyyah.
Pada tahun 1300 Dinasti Saljuk dikalahkan sekali lagi oleh tentera Mongol dan
Sultan Alauddin mangkat. Sultan Usman berusaha menyatukan semula kawasan
jajahan Sultan Alauddin yang telah berpecah-belah dan Berjaya meluaskan lagi
kawasan jajahan. Setelah Sultan Usman mangkat, puteranya Sultan Orhan Ghazi
menjadikan Bursa sebagai ibu kotanya. Kemudian, Sultan Orhan Ghazi digantikan
oleh puteranya Sultan Murad dan seterusnya digantikan puteranya Sultan Beyazid.
Pada zaman ini bermulalah usaha menawan Kota Konstaninopel yang merupakan kota
kebanggaan orang Rom kerana kedudukannya yang strategik antara Eropah dan Asia.
Sejarah Konstaninopel bermula apabila Maharaja Konstantine memindahkan ibu
kotanya dari Rom ke Konstaninopel. Kerjaan Byzantium sering mengancam
perkembangan Islam. Lalu, penaklukan Kota Konstaninopel amatlah perlu
dilakukan. Sejak zaman Saidina Ali, Muawiyah bin Abu Sufian, Sultan Sulaiman,
Khalifah Harun al-Rasyid dan Sultan Beyazid usaha menakluk Kota Konstaninopel
menemui kegagalan. Sultan Beyazid mangkat setelah menderita sebagai tawanan
perang tentra Monggol. Sultan Beyazid digantikan anaknya Sultan Sulaiman,
kemudian Sultan Musa, disusuli Sultan Mehmed Halabi, seterusnya Sultan Murad II
ayahanda Sultan Muhammad al-Fateh. Sultan Muhammad al-Fateh menaiki takhta
ketika berusia 19 tahun dan ketika berusia 21 tahun beliau membimbing tentera
Turki menyerang Kota Konstaninopel. Antara strategi baginda ialah menyediakan
tentera serarmai 250 000 orang yang dilengkapi pakaian perang dan senjata
terkini seperti peluru roket, alat pelantak, Meriam urban dan pelontar roket
serta menggunakan 400 buah armanda bagi mengawal perairan. Terdapat tiga divisi
iaitu pasukan pelapis belakang pasukan utama, Meriam ditempatkan disetiap pintu
utama dan pasukan pengintip bagi mengawal keadaan. Namun, usaha demi usaha
dilakukan masih tidak Berjaya menembusi banteng pertahanan kota konstaninopel
dan bertambah teruk apabila kapal perang Islam tidak Berjaya menembusi Tanduk
Emas yang mempunyai rantai besi bagi menghalang kemasukan kapal tentera Islam.
Pelbagai usaha dilakukan seperti mengebom penjaga rantai besi, memotong rantai
besi dan merempuh rantai besi dengan tiga buah kapal. Segala usaha menjadi
sia-sia dan menyebabkan ramai yang terkornban. Namun, berkat doa dan
pertolongan Allah S.W.T. baginda mendapat petunjuk untuk membawa kapal-kapal
tentera Islam belayar di daratan melintasi Semnanjung Fera dan terus mendarat
di depan Kota Konstaninopel. Peluang genjatan senjata sementara diambil oleh
Sultan Muhammad al-Fateh bagi merealisasikan rancangan tersebut. Alangkah
terkejutnya Maharaja Konstantine apabila melihat kapal tentera Islam sudah
berada di hadapan Kota Konstaninopel. Berkat pelbagai teknik dan usaha akhirnya
Kota Konstaninopel Berjaya ditawan dan kini diberi nama Istanbul. Baginda terus
menyebarkan penaklukan sehingga ke Serbia, Bosnia, Italian dan Hungary. Namun,
usaha untuk menakluk Rhodesia tidak Berjaya kerana baginda diracun oleh munafik
berbangsa Yahudi bernama Maesto Jakopa doktor peribadinya sendiri ketika
berusia 49 tahun.


Comments
Post a Comment