Genghis Khan Penakluk Dunia


Menjelajah dunia melalui pembacaan 1.

Alhamdulillah cuti sekolah kali ini akhirnya berpeluang untuk menjayakan misi cuti sekolah iaitu  membaca!!! Amaran Spoiler ALERT!


Genghis Khan Penakluk Dunia
Al-Ghazali
PTS Publications & Distributions Sdn. Bhd.
2016

Sebuah novel yang menceritakan kisah hidup seorang lelaki yang berjaya menakluk 40 buah negara seluas 11 juta per segi. Lelaki berkenaan yang bernama Temujin seorang anak yang dilahirkan berketurunan pemimpin dan dalam keadaan sempurna tetapi semuanya berubah apabila ayahnya Yesugei Bagatur dibunuh dengan racun. Penggembaraan Temujin dari kecil hingga dewasa telah menjadikkannya pemimpin yang disegani dan seorang pejuang yang berjuang demi puaknya iaitu Borjighin. Penukaran namanya kepada Genghis Khan yang membawa maksud “penakluk yang agung” sangat gah setara dengan penaklukkannya. Setelah menakluk keseluruhan kawasan Mongol, Genghis Khan menyerang Xi Xia di China, dia menakluk wilayah berhampiran sehingga ke wilayah Asia Tengah. Tentera Mongol sampai ke Turki pada tahun 1219 sebelum mara ke Samarkand. Mereka mendapat tentangan daripada pemerintah Khawarezm iaitu Shah Mohamad. 10 tahun kemudian mereka kembali menyerang dan menakluk Bukhara, Khurasan, Hamadzan, Quzwain dan sempadan Baghdad. Seterusnya, mereka meneruskan tanah jajahan ke Azerbaijan. Genghis Khan memperkenalkan tulisan Uyghur bagi ejaan Bahasa Mongol, menubuhkan kod undang-undang, mencatat etika dan taktik peperangan dan jawatan hakim. Agama Shamaanism atau Tengriism diperkenalkan namun pada masa yang sama rakyatnya bebas mengamalkan agama masing-masing seperti Buddhism, Taoism, Kristian dan Islam. Usaha meluaskan empayar Mongol tetap diteruskan oleh generasi seterusnya walaupun setelah kemangkatan Genghis Khan. Kira-kira 40 juta orang yakni 11% populasi dunia dibunuh pada zaman berkenaan. Nama Genghis Khan sehingga kini masih menjadi kebanggaan rakyat Mongolia. Namun, tiada siapa yang tahu kedudukan Genghis Khan dikuburkan.



Comments

Popular Posts