Konspirasi Dajal

Menjelajah dunia melalui pembacaan 4
Alhamdulillah cuti sekolah kali ini akhirnya berpeluang untuk menjayakan misi cuti sekolah iaitu  membaca!!! Amaran Spoiler ALERT!
 
 
 
Konspirasi Dajal
Mifthahul Asror Malik
PTS Publications & Distributions Sdn. Bhd.
2014

Sebuah novel yang mengishkan seorang manusia terkutuk yang bernama Dajal. Dajal dikatakan seorang manusia yang lahir di sebuah negeri yang bernama Samirah di Palestin yang mana seterusnya menjadi ibu kota kerajaan Bani Israel. Keluarga Dajal adalah keluarga yang menyembah berhala dan ibu bapa Dajal dikatakan tidak mempunyai zuriat setelah 30 tahun berkahwin. Mereka menyembah berhala bagi meminta kelahiran anak dan syaitan mengambil kesempatan dengan menampakkan dirinya dalam berhala dan mengatakan mereka akan dikurniakan seorang anak. Anak yang dinantikan akhirnya menyebabkan kematian ibunya sendiri kerana anak berkenaan tidak ingin menyusu. Kemudian ayahnya meninggal dunia kerana keresahan memikirkan keadaan anaknya yang dikatakan berketurunan Sam yakni putera Nabi Nuh a.s. yang mana isu ini timbul pada asalnya anak berkenaan dikatakan mempunyai keberkatan kerana boleh bergerak sendiri dan tidur dalam dakapan berhala pada usia 4 tahun. Hakim yang berkuasa pada waktu berkenaan memindahkan anak lelaki yang mendapat gelaran as-Samiri ke istana untuk pengawasan. Tidak lama kemudian, wilayah Samirah diturunkan bala kerana perbuatan dosa penduduknya yang gemar berzina dan berliwat. Seluruh negeri tenggelam kecuali seorang anak lelaki yang diperintahkan Allah S.W.T kepada Jibril untuk diselamatkan. Jibril membawanya bersembunyi di sebuah pulau di tengah laut Yaman. Malaikat Jibril menyediakan makan dan minum tanpa pengetahuan anak itu sehinggalah dia berusia 8 tahun. Ketika dia mula menelusuri pulau berkenaan, dia didatangi makhluk berbulu tebal dan besar. Makhluk mengatakan kepadanya bahawa dia telah diselamatkan Jibril atas perintah-Nya dan dia harus beriman kepada-Nya. Makhluk berkenaan bernama al-Jassasah yang menjadi perantara dan penyampai darpada Jibril. al-Jassasah membawa anak lelaki itu menuju ke sebuah tempat yang terdapat 7 batu bertulis dan mengajarnya membaca. Batu-batu berkenaan tertulis kalimat syahadat, peringatan tidak memungkiri janji, perintah untuk beriman kepada Allah S.W.T, kitab-Nya dan juga Nabi Muhammad S.A.W. dan batu terakhir menerangkan peringatan Allah bahawa anak itu diberi kebebasan memilih sama ada memilih kearah kebaikan maka dia pasti menjadi raja yang adil dan keburukan maka dia akan mengakui dirinya Tuhan. Setelah berusia 20 tahun, dia sering berfikir dan meragui kesemua apa yang dimaklumkan oleh al-Jassasah kepadanya. Lalu Jibril mengutus al-Jasasah bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul. Anak itu diarahkan untuk mengambil apa sahaja dan meminta apa sahaja untuk menyaksikan kebenaran yang dikatakan al-Jasasah selama ini. Anak yang sudah dewasa berkenaan mengambil segenggam tanah lalu melemparkan pada bangkai burung, dengan izin Allah, burung itu hidup dan kembali menjadi bangkai. Namun, segalanya sia-sia kerana hatinya telah buta kerana hasratnya ingin menjadi Tuhan. Suatu malam, perubahan besar berlaku apabila terdapat sebuah kapal berlabuh di pulau berkenaan dan telah membawa pemuda tersebut keluar. Samudera mereka terumbang ambing kerana kemurkaan Allah S.W.T. Setelah berlabuh di Yaman, di sana pemuda berkenaan mula mempelajari pelbagai perkara. Berkat anugerah kecerdasan yang dikurniakan Allah S.W.T. pemuda itu menguasai pelbagai ilmu dengan mudah. Setelah beberapa tahun berlalu, pemuda berkenaan kembali ke pulau terpencil yang didiaminya dahulu. Al-Jassasah hanya memerhatikan dengan matanya yang tajam dan kemudian berlari kencang masuk ke hutan. Pemuda itu terus mengambil tanah dan batu berwarna-warni di kawasan gua tempat tinggalnya dahulu dan terus kembali ke tanah kelahiran nenek moyangnya iaitu Palestin. Dia ingin menyiasat tentang kebenaran asal usulnya dan terbukti apa yang dikatakan oleh al-Jassasah adalah benar. Namun, dia masih tidak ingin beriman kepada Allah. Oleh kerana penduduk Samirah menyembah sapi maka dia berkeyakinan bahawa dia layak menjadi Tuhan. Pemuda berkenaan menjelajah ke tempat lain dan anaranya Mesir sehingga bertemu dengan Nabi Musa a.s. dan mengajak pemuda berkenaan untuk memeluk Islam namun tidak diendahkan. Pemuda berkenaan Berjaya menghasut umat Nabi Musa a.s dan  menyesatkan mereka. Dia mengambil beberapa ajaran Nabi lalu dicampur dengan seribu khurafat dan tahyul. Selepas dia Berjaya menabur fitnah dia kembali ke pulau terpencil yang pernah menjadi kediamannya. Kemudian, dia kembali ke Samirah. Di sana dia bertemu pula dengan Nabi Isa a.s. dan mula menyebarkan fitnah bahawa Nabi Isa a.s. adalah ahli sihir dan akhirnya fitnahnya tersebar. Selepas Berjaya menebar fitnah terhadap dua Nabi, Dajal meneruskan penggembaraan ke seluruh pelosok dunia sama ada Mesir, India, Jepun, China dan Amerika Syarikat. Dia menyalakan api peperangan, fitnah dan melancarkan pelbagai kejahatan disamping mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan dan budaya masyarakat setempat. Setelah bosan dia kembali ke pulau yang pernah didiaminya. Namun, al-Jassasah menghalangnya bersama 20 makhluk yang tinggi dan besar dan mempunyai wajah bersinar seperti matahari. Dajal ketakutan lalu al-Jassasah dan 20 makhluk lain menyerangnya sehingga pengsan. Apabila sedar, Dajal mendapati tubuhnya longlai dan tidak mampu bergerak kerana kedua tangan dan kakinya sedang terikat rantai. Al-Jassasah memberitahunya bahawa sekarang dia berada pada zaman Nabi terakhir dan Dajal akan terlepas setelah wafatnya Nabi Muhammad S.A.W., pohon kurma Baishan terputus air, danau Thabariyah berkurang, mata air Zughar kering, dan gempa bumi yang dahsyat sebelum musuhmu keluar memeranginya. Menurut riwayat, apabila sampai masanya Dajal akan tersedar bahawa dia telah bebas. Al-Jassasah kembali kepada Allah S.W.T dan mengatakan pulau berkeaan akan tenggelam. Dajal akan menuju ke pelbagai negeri dan memutuskan untuk menonjolkan diri apabila dunia di ambang kemusnahan dan merupakan kemunculan terakhir sebagai petanda hari kiamat. Dajal adalah manusia yang memiliki kelbihan umur yang panjang dan berusia tidak lebih daripada 30 tahun. Doktrin Kabbalah menyusup ke dalam ajaran Taurat dan Injil, seterusnya membina sebuah organisasi bagi mencipta Pemerintahan Rahsia Antarabangsa yang mencetuskan konspirasi dunia. Antaranya ialah The Assassians atau The Order of Lady of Sion atau Notre Dome of de Sion. Alumni kelompok ini kemudian mendirikan Knight Templars. Raja Kristian Kabalis pertama di Jurusalem menyebarkan agama Kristian yang jauh menyimpang sehingga mereka ditangkap dan dibunuh. Namun, ada yang terlepas dan meminta pertolongan di Skotlandia dan menubuhkan The Scottish Rittes (Masuniyyah Scontlandia). Pada tahun 1770, organisasi sesat Nuraniyyin atau Illuminati atau Pengembang Cahaya Syaitan ditubuhkan di Bavaria yang diplopori Adam Weishaupt seorang guru di Universiti Ingolstadt. Dia menggantikan ajaran Masuniyah kepada Illuminati. Mereka menggunakan proses penyebarluasan keanggotaan dan kekuasaan antara anggota umpama sebuah pyramid. Individu yang berada di puncak akan mengetahui semuanya berbanding individu yang berada di bawah. Kerahsiaan sesama mereka terjaga dan hanya diketahui apabila individu berkenaan Berjaya naik ke atas. Namun, organisasi ini terbongkar apabila salah seorang pengikut Illuminati disambar petir dan menjadi gila dan dokumen rahsia yang dibawanya diketahui pihak berkuasa. Akhirnya organisasi ini diharamkan di Bavaria. Namun, pengikut Illuminati Berjaya menyebarkan ajaran ke pelbagai negara termasuk Perancis. Mereka membentuk Reading Societies. Setelah Berjaya menguasai Perancis melalui revolusi Perancis. Mereka ingin menguasai Inggeris sehingga mencetuskan Revolusi Inggeris. Di Rusia fahaman Illuminati muncul dalam bentuk komunisme yang diplopori Karl Mark dan Frederic Engel dan di Jerman, fahaman sosialisme-Nazi diplopori Hitler. Namun, konspirasi terbesar selepas Perang Salib ialah Perang Dunia. Kesan pengaruh Perang Dunia Pertama ini menubuhkan Liga Bangsa-bangsa (The League of Nation) pada tahun 1920 yang dibentuk berdasarkan ajaran Presiden Wilson daripada Amerika Syarikat. Amerika dijadikan Dajal sebagai pusat system Dunia Baru. PBB dan Bank Dunia yang dibentuk PBB terletak dalam bangunan yang sama kepada Markas Organisasi Masuniyah Dunia. Semua aspek ini sudah dicemari oleh ajaran Masuniyah dan Illuminati.

Comments

Popular Posts