Konspirasi Dajal
Menjelajah dunia melalui pembacaan 4 Alhamdulillah cuti sekolah kali ini akhirnya berpeluang untuk menjayakan misi cuti sekolah iaitu membaca!!! Amaran Spoiler ALERT! Konspirasi Dajal Mifthahul Asror Malik PTS Publications & Distributions Sdn. Bhd. 2014 Sebuah novel yang mengishkan seorang manusia terkutuk yang bernama Dajal. Dajal dikatakan seorang manusia yang lahir di sebuah negeri yang bernama Samirah di Palestin yang mana seterusnya menjadi ibu kota kerajaan Bani Israel. Keluarga Dajal adalah keluarga yang menyembah berhala dan ibu bapa Dajal dikatakan tidak mempunyai zuriat setelah 30 tahun berkahwin. Mereka menyembah berhala bagi meminta kelahiran anak dan syaitan mengambil kesempatan dengan menampakkan dirinya dalam berhala dan mengatakan mereka akan dikurniakan seorang anak. Anak yang dinantikan akhirnya menyebabkan kematian ibunya sendiri kerana anak berkenaan tidak ingin menyusu. Kemudian ayahnya meninggal dunia kerana ...

